Tuesday, February 01, 2011

Cerita Ketika Koma, Adakah kita tergolong orang yang macam nie...?

Cerita nie aku ade terbace di wall FB kwn aku...so aku mtk izin utk dipost di 'hati' ku ini utk tatapan dan memberi pengajaran kpd diri aku dan juga korg... agk tersentuh jgk......
So...mari kita hayati...baca jgn tk baca...!!^_^





Cerita dibawah haruslah diambil pengajaran.

Apa jua pekerjaan yang dilakukan oleh kita
seharusnya dilakukan seikhlas mungkin

  Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang
cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak
lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa
sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia
Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya
berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke
tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung
dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain
di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47
hari lagi.

Cerita Ketika Beliau Koma.
Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat
panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya
selepas beliau sedar daripada koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu Beliau Koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau
hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.
Walaubagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang
yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan
ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya
secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat
menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri
beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu
dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu
pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu
kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin
untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan
rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya
tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa
doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati
mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang
begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya
kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian
menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk
mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat
itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya
saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya"

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata,
Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah
orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak
yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk
anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan
yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di
dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah
bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat
itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan
meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga
saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di
dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini
diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.


Apa yang disesalkan:


1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan
anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan
anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran
dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada
saya kalaupun saya mati


3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji
pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya
tidak ikhlas. termasuk dengan saya.


4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan
ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada
keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah
sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri
beliau.


6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya
walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa
mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut
adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan
dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya
kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu
lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah
yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran
kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar


10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang
layak berbuat demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya
untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar
dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan
takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.
Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat
wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka
yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah
memberi.


Syukran Jazilan,

Azahari Bin Mohd

Engineering (Piping)

No comments:

Post a Comment

Tengkayu....~^_^~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terciptanya 'HaTi' ini..

Daisypath Anniversary tickers

Search This Blog